Wednesday 18 January 2012

SIVIK, MAKSUD & KEPENTINGANNYA

Halatuju 

Definisi Sivik

Kamus Dewan edisi ketiga menginterpretasikan sivik sebagai ilmu tatarakyat dan hak serta perasaan tanggungjawab seseorang terhadap masyarakat. Ilmu tatarakyat pula dihuraikan sebagai ilmu berkenaan bagaimana seseorang hidup dalam masyarakatnya. 


Pendek kata, sivik yang sinonim dengan perkataan ‘kesedaran’ membawa kita kepada suatu aspek kesedaran mental dan fizikal untuk hidup bermasyarakat dengan terkandungnya nilai-nilai tanggungjawab, hormat-menghormati, amanah, ikhlas, beretika, bersatu padu dan sebagainya.
  Sampah dibuang merata-rata. Masalah pembuangan sisa pepejal domestik juga sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Kerana tiada kesedaran sivik, sampah dibuang sesuka hati di kawasan semak-samun, tepi jalan raya (mungkin dicampak melalui kenderaan), premis terbengkalai, rumah kosong dan kawasan terpencil yang jauh daripada pandangan orang ramai. Malah yang lebih menyedihkan, segelintir masyarakat sewenang-wenangnya membuang sampah di dalam sungai dan longkang sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat dan pencemaran air yang serius. Mungkin ini disebabkan oleh ketiadaan tong sampah yang berdekatan atau mungkin juga masyarakat tidak didedahkan dengan cara-cara yang baik untuk membuang sampah. Kesan paling nyata, bungkusan sampah yang mengandungi pelbagai jenis sisa makanan akan menjadi tempat pembiakan paling ideal bagi nyamuk aedes.
Baca lebih lanjut di sini.

Kesimpulan Dan Harapan Terhadap Pendidikan Sivik

Untuk membentuk satu masyarakat yang berilmah, pendidikan sivik harus dipupuk di kalangan generasi muda terutamanya remaja, ini ialah untuk mempertingkatkan semangat patriotik dan nasionalisme mereka supaya golongan tersebut dapat lebih memahami Negara mereka dari segi perkembangan ekonomi dan dari segi sistem politik. Di samping itu, tumpuan perlu diberi dalam penguasaaan dan perkembangan dari segi kemahiran berfikir bagi membolehkan golongan muda membuat keputusan secara rasional dalam menghadapi sebarang dugaan masa depan yang kompleks.

No comments:

Post a Comment